*IN MALAY*

Perjumpaan dimulai dengan bacaan doa oleh Hj Mohamad Hilal bin Zulkifli.

Diikuti dengan penerangan oleh ICT Manager, En.Mohamad Faizal bin Zainoldin dimana beliau Memaparkan skrin “Firewall” serta memberi teguran mengenai penggunaan internet di waktu pejabat. Sistem “Firewall” di Recsam, berfungsi untuk merekodkan segala aktiviti semua jenis peranti yang menggunakan talian internet di Recsam. Tujuan rekod ini diadakan adalah untuk mengenalpasti jika ada gangguan pada system internet. Beliau telah memberi beberapa contoh aktiviti daripada peranti yang telah dihubungkan pada talian Recsam seperti Facebook, Shopee, youtube, games dan lain-lain. Beliau juga mengingatkan bahawa kita semua perlu laksanakan tugas masing-masing yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegiti terutama dalam penggunaan telefon dan komputer.

Seterusnya, penjelasan daripada Pengerusi Hari Keluarga tahun ini, Puan Rosnita Binti Abdul Wab mengenai penangguhan Hari Keluarga ke tahun hadapan. Ini kerana, kebimbangan dengan penularan Convid-19.

Kemudian peringatan daripada Penghulu Apartment Recsam, En.Mohamad Hilal bin Zulkifli, mengenai penjarakan sosial dan pematuhan SOP serta masalah kucing.

Berikutnya, ucapan daripada Dr.Mariam Binti Othman selaku Timbalan Pengarah bahagian Research & Development,  mengenai “Warkah dari Seameo Recsam”. Beliau menegur supaya kita semua bersikap baik sangka dan tidak mempertaruhkan etika nilai-nilai moral yang sentiasa menjadi pegangan kita semua dalam menentukkan perbuatan atau tingkah laku masing-masing.

Kemudian ucapan pengenalan dan perkongsian positif daripada Timbalan Pengarah Pentadbiran iaitu En.Amran Hj.Mahadi, supaya kita perlulah sentiasa bersikap baik dan menekankan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian serta membina hubungan baik antara satu sama lain. Semoga dimanfaat oleh kita semua.

Pengerusi majlis, En.Baharulnizam bin Baharum dan Puan Tiana Binti Mohamad mengumumkan nama-nama untuk Hari Lahir bagi bulan Mac, April, May dan Jun.

Akhir sekali, ucapan konklusi oleh Puan Pengarah, Dr.Suhaidah binti Tahir untuk semua perkara yang telah dibentangkan dan menekankan supaya menghargai, bersyukur dengan pekerjaan kita dan membuat perbandingan dengan situasi masa kini iaitu isu  pembuangan pekerja yang semakin meningkat sekarang. Dr.Suhaidah juga berharap supaya “The new normal” yang dipraktikkan untuk perhimpunan kali ini dapat memberikan manfaat dan semua maklumat yang disampaikan sampai kepada semua.